‘SAH!! Jika tiada aral melintang saya akan mengumumkan dalam masa yang terdekat ini bahawa saya akan bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu,’ Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memberikan ceramah di dewan CRC Kulim hari ini.
Ceramah yang dihadiri kira-kira 8,000 orang memberikan teriakan sokongan kepada pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi. Penyandang ketika ini YB Zulkifli Noordin akan memberikan laluan untuk pilihanraya kecil diadakan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat bertanding.
Komen aku : Aku antara ribuan manusia di ceramah itu tadi. Bagus jugak DSAI bertanding di sini. Bertambah makmurlah Kulim dengan projek-projek, wang-wang dan pemberian hadiah yang akan mencurah-curah ditaburkan oleh barisan nasional kepada pengundi kawasan ini. Bagaimanapun aku merasakan pengumuman ini mungkin retorik politik DSAI je sebab perbicaraan bagi petisyen pilihanraya untuk membatalkan kemenangan YB Zulkifli Noordin akan bermula pada 16 Ogos nanti. Dengan pengumuman ini, rasanya dah boleh agak siapa yang akan menang perbicaraan itu nanti. Aku lebih nampak DSAI akan memilih Bandar Tun Razak iaitu kawasan Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagaimanapun, kita nantikanlah pengumuman tarikh bila Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding. Saya mesti pilih!!
Tags:
Anwar Ibrahim
Posted in Politik | No Comments »
Apa lagi nak dikata? Tuduhan liwat lebih hebat kata mereka daripada tuduhan membunuh.
Anwar arrested outside his house
Jul 16, 08 1:01pm
# BREAKING NEWS! Opposition leader Anwar Ibrahim has been arrested by the police just outside his home in Segambut, Kuala Lumpur, at 12.55pm today.MORE
Tags:
Anwar Ibrahim
Posted in Politik | No Comments »
Debat semalam memperlihatkan siapa yang mempertahan kesusahan rakyat dan siapa pula yang pertahankan towkey-towkey kaya (baca: kroni). Sangatlah dangkal! Situasi global tidak boleh ditolak tapi dalam masa yang sama mesti mempertahankan rakyat. Ini adalah tanggungjawab kepada rakyat. Debat ini bukanlah untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah. Ia lebih menjuruskan kepada memberikan penjelasan kepada situasi kesempitan ekonomi yang berlaku sekarang.Daripada menjelaskan kepada rakyat langkah kerajaan menaikkan harga minyak adalah untuk membantu rakyat jangka panjang, wakil kerajaan nampaknya lebih berminat menyerang peribadi. Adakah ini kualiti yang dimiliki oleh menteri kabinet tika ini.? Jika ya, amatlah sedih sekali! Lihatlah berita stesen TV dan akbar-akbar tempatan hari ini termasuk juga artikel dibawah ini. Masih tidak mahu menerima realiti kedangkalan diri sendiri. Masih mahu menunjukkan dia hero. Cukup-cukuplah dengan politik kotor itu. Ambil pendekatan yang baik walaupun datang daripada pihak lawan demi untuk rakyat bukan untuk kroni.
Shabery: Democracy the winner
By Shannon Teoh
Shabery Cheek says democracy was the winner
PARLIAMENT, July 16 - Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek called last night’s fuel price debate a victory for openness.
“I don’t think there was a winner or loser as we both got our views across. Democracy was the real winner and I hope this begins a culture of debate and institutionalises it in our political landscape,” he said.
He also said that he was satisfied with his own performance in last night’s one-hour debate with PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim which was broadcast “live” over Astro Awani, TV9 and Bernama TV at 9pm with a delayed telecast over TV3 at 11pm.
“I got hundreds of SMSes, like I won an election. Some said I did very well, some were angry with me.”
He also denied that he had made personal attacks on Anwar last night but was merely establishing Anwar’s lack of credibility.
“We need to establish what were his prior policies to see if his ideas today have credibility. I was not making personal attacks such as critcising his clothes, his preferences, his face. But when he referred to my time at Semangat 46, now that was a personal attack.” - TheMalaysianInsider
Tahukah anda sebanyak 44% daripada pendapatan negara adalah sumbangan Petronas? Tahukah anda belanjawan negara kini asyik defisit saban tahun. Bagaimanakah keadaannya jika ditakdirkan minyak kurniaan tuhan ini habis besok hari. Takkah keadaan negara akan berada dalam situasi sangat daif. Kecekapan pengurusan belanjawan negara haruslah ditingkatkan. Hasil tidak dijangka atau bakal habis seperti minyak haruslah disimpan dan dilaburkan untuk generasi masa depan. Jangan terjerat dalam kerakusan sendiri kerana keadaan ini sangat bahaya seperti kata Tan Sri Hassan Merican
Petronas chief: Addiction to finite resources dangerous
The country has become too dependent on money from the oil and gas sector as its contribution accounted for over 50% of the Government’s revenue, said Petronas acting chairman and president Tan Sri Mohd Hassan Marican. - TheStar
Fikirkanlah!
Tags:
debat harga minyak,
Ekonomi
Posted in Pendapat | No Comments »
Berikut adalah maklumat kajian terkini pendapatan isi rumah seperti yang yang dijawab oleh Senator Amirsham A Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjawab soalan Dr Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput di Parlimen.
| Kadar pendapatan |
|
Peratusan |
bulanan isi rumah
|
|
Keluarga |
|
|
|
| < RM 1000 |
|
8.6 |
|
|
|
| RM 1001 – 2000 |
|
29.4 |
|
|
|
| RM 2001 – 3000 |
|
19.8 |
|
|
|
| RM 3001 – 4000 |
|
12.9 |
|
|
|
| RM 4001 – 5000 |
|
8.6 |
|
|
|
| RM 5001 – 10,000 |
|
15.8 |
|
|
|
| > RM 10,000 |
|
4.9 |
|
|
|
|
|
100.0 |
Kajian ini memberikan satu kesimpulan yang agak menyedihkan. Katakanlah pendapatan RM2000 dan ke bawah diambil sebagai aras cukup-cukup makan. Maknanya 38 peratus atau lebih kurang 10juta (total: 27juta) daripada rakyat Malaysia sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan. Mereka hidup cukup-cukup makan je dalam situasi inflasi yang mencanak-canak naik hari ini. Sangat menyedihkan!!!
Dalam masa yang sama rakyat dimomokkan untuk tukar cara hidup! Kalau sebelum ini naik bas pergi kerja, sekarang nak naik apa? Sebelum ini makan beras sekampit 5kg harga RM9.00, sekarang nak suruh makan ubi kayu ke? Cakap tak serupa bikin macam inilah..Mereka senanglah cakap sebab bila pergi meeting naik jet peribadi yang minyak diisi daripada keringat rakyat.Minyak kereta mereka juga diisi dengan keringat rakyat dan isteri-isteri mereka shopping sakan di London dan Paris juga disponsor dengan keringat rakyat!!! Rakyat tidak bodohlah bengong!!
Tags:
Ekonomi
Posted in Pendapat | No Comments »
Adakah akan berlaku satu lagi wayang flip-flop daripada PM sekarang? Takkanlah kita tak ingat drama-drama flip-flop sebelum nih.Pernah dengar ayat macam nih tak? - “Saya belum berkahwin lagi, semua ini gossip sahaja.”, “Parlimen tak akan dibubarkan besok”, “Harga minyak tak akan dinaikkan selepas pilihanraya”…
Apa aku nak kata? Kamu sudah hilang kredibiliti lah Pak Lah. Tak payahlah tunggu 2010, lagi cepat lagi baik. Terlalu banyak flip-flopping, main politik dan tertidur semasa bertugas akan menghancurkan ekonomi negara. Kamu sudah gagal dalam tugas!!! Aku rela hilang Pak Lah dan UMNO daripada gagal membawa balik sesuap nasi untuk anak dan isteri di rumah.
Pak Lah to quit in June 2010
KUALA LUMPUR, July 10 — Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will step down as Umno president and Prime Minister in June 2010.
He is likely to announce the transfer of power date to Datuk Seri Najib Abdul Razak at a gathering for Umno officials today, a move aimed at reducing the level of political uncertainty in the country and the expected jostling for senior positions ahead of party elections in December.
His decision to set a specific date of departure will have repercussions on the party elections, with him and Najib likely to be returned unopposed as the No 1 and No. 2 in the party. This will almost certainly end Tengku Razaleigh Hamzah’s valiant attempt to win the 58 nominations required to contest the party president’s position. - Exclusive to The Malaysian Insider
Tags:
Ekonomi,
Politik
Posted in Politik | No Comments »